Langkah - langkah mematuhi jalan raya
Undang-undang
jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya.
Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh
meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai
pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk
melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah
memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar
dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.
- Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
- Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
- Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
- Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
- Kelima,
melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan
mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh
meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan
melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di
sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat
kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu
isyarat orang hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan
melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai
penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar
basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang
di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang
selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tanganapabila hendak
membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang
basikal di jalan raya.
2 Sweet sugar
Older Post | Newer Post