Prinsip Asas Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih,mengantuk, di bawah
pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram,
tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa patuhi had laju yang telah ditetapkan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar
lorong. Periksa cermin sisi dan pandang belakang sebelum melakukan
pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti
apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada
pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca nahas yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan. Jangan memotong kenderaan jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.
Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bermoral tetapi membahayakan
pengguna lain.
8. Elakkan mencelah antara kenderaan kerana tindakan ini memebahayakan keselamatan anda dan orang lain.
6 Sweet sugar
Older Post | Newer Post